Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal
keagamaannya, maka beruntunglah kedua dua tanganmu.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa apa harta
di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh
ibuku. Tiada harta untukku persembahkan dalam taklik ijab kita nanti.
Tiada harta sebagai jaminan bahwa kau akan menikmati sedikit kesenangan
apabila ijab bersaksi telah dilafazkan.
Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah
terbaca kata kata; Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu
rasa kasih dan sayang.” -Ar Rum: 21.
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku
hanyalah insan biasa di dunia ini. Dibawah jagaan baik ibuku sejak kecil
dengan sempurna. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia,
ayahanda Nabi Adam as dan bunda Hawa as, sama sepertimu.
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini
bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika
kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah
langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan
padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan
kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau
menginginkan kecantikan lahiriah semata mata.
Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersamaku.
"Jika ada wanita yang belum bernikah kerana mau menuntut ilmu, maka sebenarnya tempat terbaik untuk belajar adalah Suami."
Izinkan aku menjadi yang terbaik bagimu. Jika aku masih belum baik, jangan pergi. Perbaiki aku. 😊😊😊
Home
»
Inspirasi
»
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kamu
Selasa, 13 Desember 2016
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kamu
Tags
:
Inspirasi
,
Related : Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kamu
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »