Bagi sesetengah ibubapa, amalan ‘cium anak’ ketika anak sedang tidur
sudah menjadi kebiasaan mereka. Melihat si anak comel tidur dengan gaya
bermacam ragam,aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya.
Sememangnya ia menunjukkan satu perbuatan kasih sayang kepada
anak-anak.
Namun, menurut Ustaz Ismail Kamus, perbuatan mencium anak ketika sedang tidur boleh menyebabkan anak-anak menjadi DEGIL.
Penyelesaian Mengatasi Anak-anak nakal
Sediakan air satu juga:
– Baca Basmalah (786 kali)
– Baca surah yasin ayat 72 (71 kali)
وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ
– Selesai baca hembus ke air & bagi anak minum
Atau baca surah Toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali. Nanti malam anak
tengah tidur baca diubun-ubun anak sebanyak 3kali dan tiup. Insyaallah
anak dah tak nakal lagi..
Bagaimanapun, tiada larangan oleh agama kerana tak ada nas-nas yang
melarang perbuatan itu. Terdapat hadis Nabi SAW menggalakkan mencium
anak-anak sebagai tanda kita kasih dan sayang padanya.
Itu cerita apabila salah seorang sahabat Nabi s.a.w berasa pelik apabila
baginda s.a.w mencium cucu baginda. Sahabat ini berkata “aku ni ada
sepuluh anak. Tak pernah aku cium.”
Jawab Nabi s.a.w “man la yarham la yurham.”
Maka ciumlah anak-anak tuan-tuan puan-puan atas kasih sayang. Tak ada
ibu bapa yang cium anak-anak baik waktu jaga atau waktu tidur kalau
bukan sebab kasih sayang.
Daripada hadis Rasulullah saw.
Abu Hurairah r.a berkata :
“Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam mencium Al-Hasan bin ‘Ali, dan di
sisi Nabi ada Al-Aqro’ bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka
Al-Aqro’ berkata, “Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka
yang pernah kucium”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallampun
melihat kepada Al-‘Aqro’ lalu baginda berkata, “Barangsiapa yang tidak
merahmati / menyayangi maka ia tidak akan dirahmati” (HR Al-Bukhari no
5997 dan Muslim no 2318)
