- Mungkin berbunyi sedikit pelik, ada jenazah cermin pula ditutup.
Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah
hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita.
Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan
apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak
sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu
saja.
Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir
menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas.
Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut
Wallahu’alam bissawab
Assalamualaikum ustadz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa
ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum
melakukannya.
Terima kasih.
Ini jawaban:
Bismillahi wal hamdulillah,
Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup
cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut.
Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu
yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika
hidupnya sahaja.
Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut
Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat
dirinya dalam cermin.
Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh
tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup.
Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah
perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap
sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.
